looking for unique and personalized gifts???

Monday, January 14, 2008

kawan2 abah

semalam pegi rumah kawan hubby kat putrajaya...jumpa kawan2 lama...sampai2 je breakfast dulu...kawan hubby dah 2 org sampai...tunggu lagi satu family...kitorang dah siap makan diorang pun sampai...dapat la tgk baby faiqa yang dah 3 bulan...tembam betul...irfan mula2 excited la tgk baby...nak usik, dia malu2...kelakar pulak...kejap je dia excited ngan baby faiqa...lepas tu cam biasa la...pegi main ngan uncle2..

lepas breakfast, yang lelaki2 main ps2...itula aktiviti diorang kalau berjumpa ni...cam budak2 pulak...tiap kali diorang menjerit gol, irfan mesti pandang pelik..mesti dalam hati dia cakap "apasal la abah ngan uncle2 ni jerit..takde ape2 yg menarik pun"..yahahah...

sampai tgh hari diorang main ps2...lepas tu sorang2 mula balik...irfan dah ngantuk...tapi dia ni mmg takkan tido kat ruang tamu..pastu ramai org lak tu...mesti nak main...irfan ni mmg suka main ngan org besar...

kol 3 kami pulak balik..hubby mmg seronok la dapat jumpa kawan2...lepas ni diorang merangcang nak gi bercuti sama2 pulak...irfan kan mmg dah ngantuk...masuk je dalam keta, abah start enjin, dia terus tido...ngantuk betul dia...

balik tu singgah giant bandar kinrara...beli barang2 rumah sikit...

bulan ni tiap2 weekend abah ade job shooting gambar wedding..sampai bulan 2...tak dapat la balik kg nampak nye bulan ni...

0 comments: