looking for unique and personalized gifts???

Wednesday, August 20, 2008

streamyx oh streamyx

cerita streamyx lagi...still belum dapat streamyx....entry sebelum ni kan tm still tak boleh proses application streamyx sebab belum update dalam system...diorang cakap, isnin lepas diorang terus proses...

ok la....hubby pegi la tanya status application hari khamis minggu lepas... nak tau ape jawapan diorang....diorang belum proses pun lagi...belum key in dalam system lagi apllication kitorang....aku dah tak tau nak cakap ape lagi...nak tunggu sebulan kot baru nak proses application kitorang...

sekarang ni tak tau la ape status nye...kami pegi bercuti..balik teluk intan dan terus ke cameron highland....esok baru balik kl...ni tgh online kat apartment tm kat cameron ni...

aku rasa mesti tak settle lagi application streamyx ni...nak kena call diorang setiap hari kot baru la nak buat keje cepat...rasa cam nak pegi je tm point tu ketuk kepala sorang2...kot2 la leh buat keje cepat lepas tu

7 comments:

chuy4 said...

Langkah Mudah Untuk Mendapat Darah Tinggi
Bahan-Bahan :
Akses Internet (sebaiknya streamyx)
Printer
Kertas A4
Kemudahan Pengangkutan
TM Point
Pejabat Pos
Duit RM10
Telefon

Cara-Cara:
Menggunakan akses internet, buka laman web TM 1 number. Cari form langganan, print menggunakan Printer dan Kertas A4, isi secukup rasa.

Ketepikan. Siapkan duit RM10, menggunakan kemudahan pengangkutan pi pejabat pos beli stem hasil RM10. Lekatkan pada form tadi.

Masih menggunakan kemudahan pengangkutan yang sama, pi TM Point, submit form yang telah siap diisi tadi.

Balik rumah, menggunakan telefon, telefon TM 100 setiap hari selama dua bulan untuk dapatkan status permohonan anda. Selepas dua bulan, biasanya seorang awek dengan separa kurang ajar akan suruh anda tunggu sampai TM hubungi anda. Abaikan, teruskan telefon untuk 2 bulan seterusnya.

Selamat mencuba! (tunjuk peace, senyum lebar)

chuy4 said...

ops lupa... kredit to warghh dot blogpspot...

Unknown said...

wanie, pelik gak mimi ni.. sebab hubby mimi apply kejap jer.. tak sampai seminggu pun..

hubby daftar kat TM rawang lg (kebetulan dia pergi situ) padahal rumah kami kat sentul.. dia daftar minggu lepas hari khamis. pastu orang TM nak datang rumah pasang internet hari sabtu.. tapi kami yang tak de kat rumah sebab balik kg cuti sampai isnin...pastu hari selasa orang dah datang pasang internet kat rumah.. kejap jer, tak masalah pun.

kenapa TM kat tempat wanie tu lembab ek????

Azrine Razak said...

Lambat gak yek. Rin pasang streamyx amik masa lebih kurang 2 week la. Kira ok lagi la kot.hehehe..kena selalu tnye status la kalu cmtu.

Fid said...

salam
application buat kat mana?
kat wakil ke kat TM point/streamyx point?
kalau kat wakil sila pergi itu TM point ka TM net ka..direct semula...

kalau kat pusat2 yang point2 tu..sila gi sekali lagi


kami sejarah guna streamyx 3 thn...awal2 apply mmg hancus lebur...

dah pakai...ok la..pindah sampai ke terminated tak tukar2 address...tapi servise ada kahkahkah...sungguh pelik....

yong ibu chem said...

streamyx sudah menjadi screamyx kan????

SaDi said...

saya pernah melanggan streamyx, once dah masalah dgn line, susah nak elok balik. pastu i terus jer terminate. I lebih prefer wireless broadband, kalau pakai laptop, kat mana je boleh plug-in, harga dia pun lebih kurang streamyx jee