looking for unique and personalized gifts???

Friday, February 16, 2018

Selamat Tahun Baru Cina




written by,
Mama wanie

Friday, February 9, 2018

Pernah tak tiba-tiba takda idea nak masak apa? Tanya suami jawapannya apa-apa je. Bila tanya anak, sama juga jawapannya. Kalaulah ada menu yang bernama apa-apa je kan senang.

Maka masuklah ke dapur. Bukak peti ais, belek-belek, tutup balik. Pastu menung. Bukak peti ais semula. Susah tau bila takda idea ni. Nak masak nasi, lauknya apa? Atau nak makan goreng-goreng je. Last-last ternampak macaroni. Ok la masak macaroni je. Masa yang di ambil untuk memikirkan menu apa yang nak di masak lagi lama dari memasak.

Macaroni cheese. Adik panggil noni cheese slurrpp

Bahan-bahan
250g macaroni (rebus)
Isi ayam, sosej (boleh juga letak udang)
Broccoli
Cendawan butang
Tomato cherry
Bawang merah
Bawang putih
Butter
Fresh milk
Tepung gandum
Cheddar cheese
Garam
Lada hitam

Cara-cara
1. Macaroni Di rebus
2. Sayur-sayuran kukus dulu. Kecuali tomato
3. Isi ayam dipotong kecil dan di masak sebentar. Sosej pun sama.
4. Cairkan sedikit butter. Masukkan tepung gandum. Dua sudu butter, dua sudu tepung gandum.
5. Macau sekejap hingga tepung masak, masukkan 500ml fresh milk. Sentiasa kacau.
6. Bila dah nak menggelegak, masukkan cheddar cheese dalam 4 keping. Kacau. Kalau pekat sangat, tambah Susu.


7. Masukkan isi ayam, sosej, sayur-sayuran. Perasakan garam dan lada hitam. Tutup api.
8. Tuang ke atas macaroni dan gaul. Hidang panas-panas.






written by,
Mama wanie

Thursday, February 8, 2018

Kepala bahulu tu apa?


Adik masa mula-mula masuk sekolah hari Tu memang hari-hari nangis. Nangis sedih Ami takda kat sekolah dengan dia. Sekarang dah tak nangis, tapi adik Cari macam-macam alasan tak nak pegi sekolah. Tak sihat la, batuk la, sakit kaki la, dah dua hari sekolah, kena cuti pulak la. Tadi tengah gosok baju sekolah adik, dia tanya kenapa gosok baju. Esok cuti katanya.


Lagu adik selalu nyanyi sehari dua ni. Baru belajar kat sekolah. Adik suka nyanyi campur-campur lagu.

" Kepala bahulu"

"Lagu apa tu dik?"

"Kepala bahulu ya"

Jenuh Ami perah otak fikir lagu apa
Sekali dia sambung nyanyi

"Kepala bahulu lutut kaki lutut kaki"

Rupanya lagi head shoulder knees and toes versi Bahasa Malaysia. Tapi apasal kepala
bahulu peginya.

Disebabkan adik cakap pelat, Ada beberapa lagu Yang dia suka nyanyi, tapi Ami tak dapat tangkap lagu apa yang dia nyanyi tu

written by,
Mama wanie

Monday, February 5, 2018

Third treasure


Anak Ami yang manja dan soleh. Dah berumur 5 tahun. Dah start tadika dah pun. Suka menyanyi. Ami tak sabar-sabar tungggu dia balik sekolah. Nak dengar dia nyanyi lagu baru yang dia belajar kat sekolah


written by,
Mama wanie

Kembali semula

Assalamualaikum

Setelah beberapa tahun blog ni sepi, sekarang mama wanie kembali menulis.

Daripada berdua, bertiga, berempat Dan kini dah berlima

written by,
Mama wanie

Tuesday, April 15, 2014

selesa pakai carrier ni





Model baby carrier...hehehehe






written by,

Thursday, April 10, 2014

ErgoBaby Carrier...



Nak iklan jap




Nak lelong Ergobaby Carrier...harga sgt2 special untuk hari ni dan esok(11/04/2014) sahaja...


RM 95 termasuk postage semenanjung...

Cepat2 sebelum kehabisan stock..





sesiapa yg berminat boleh ke FB KiddyGifts ye 











written by,