looking for unique and personalized gifts???

Showing posts with label tea. Show all posts
Showing posts with label tea. Show all posts

Wednesday, March 18, 2009

sedapnye salad

sekali sekala makan salad macam ni pun sedap



letak salad, cherry tomato dan grape..makan dgn thousand island...nyum nyum





"nak berdiet ke"







written by,

Wednesday, February 11, 2009

Tea time

hari tu in laws ade bagi pisang...kami tak berapa makan pisang macam tu je...kalau goreng ke, buat cekodok ke, pengat ke kami makan la jugak....irfan je kuat makan pisang....so daripada terbuang je busuk, saya buat la cekodok pisang untuk minum petang






teringat lagu masa kecik2 dulu..."ABC cekodok basi"






written by,


Monday, February 2, 2009

tea time..

buat potato wedges untuk minum petang...yang ni saya buat sendiri...resepi macam biasa la dari internet..saya amik resepi dari myresepi



crispy potato wedges (resepi dari Noorsha myresepi)

Bahan2
2 biji kentang saiz XL - potong berbaji
2 sudu teh serbuk lada hitam berperisa AJISHIO (saya guna coarse blackpapper)
1 sudu teh serbuk cili
1 biji putih telur - dikocok
Tepung gandum secukupnya untuk salut
Garam


Cara2
1. kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran dikulit. setelah bersih, potong berbaji. kulit kentang tak perlu dibuang.

2. Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan.Tunggu hingga agak suam² sedikit.

3. Selepas itu, satukan serbuk lada hitam dan serbuk cili di dalam plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga kedua² serbuk tadi bersalut dengan kentang.

4. Kocok telur putih, tak perlu sampai kembang. Masukkan kentang satu demi satu ke dalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung sepenuhnya.

5. goreng dengan api perlahan hingga keemasan.

6. Hidangkan panas² bersama sos thousand island & mayonis.









written by,