sabtu lepas, kindy irfan anjurkan program Charity Night Walk for Ramadhan..
Tempat : Tapak perkemaahan Taman Wetland Putrajaya
Masa : bermula 6 petang
seperti biasa irfan mmg excited la kalau Genius Aulad buat ape2 program...dia sure akan join...program kali ni melibatkan satu family...
kami sampai kol 6 lebih, terus register...students dapat goodie bag berisi snacks, drinks dan glow on the dark
lepas registration, semua berkumpul kat padang ni untuk story telling
isi perut dulu..kang nak jalan pulak..hehehe
ramai parents dan student yg join program ni...sgt meriah...lepas story telling, semua bersiap2 untuk solat magrhib...solat berjemaah beramai2 di atas padang
irfan lepas solat magrhib berjemaah
lepas solat magrhib, semua bersiap sedia untuk night walk..irfan dah tak sabar2...dia tak tau jauh tu kena jalan..huhuhu
sudah memulakan perjalanan...2.2km tu kena jalan..sure tgh jalan irfan dah tak larat
ramai parents yg join walk in...ade yg bawak baby, tolak ngan stroller...kami pun tolak stroller jugak...tolak si sayyidah
baru separuh jalan..irfan dah nampak penat...tapi dia jalan jugak...good boy...kami jalan slow2...kami antara yg tereakhir sampai...ahaksss
dah 3/4 perjalanan irfan dah penat sgt...terus terduduk tak nak bangun2...hehehe...nasib baik bawak stroller kan..so irfan la duduk dalam stroller pulak...
masa kami sampai ke tempat berkumpul, raihan dah start buat persembahan...nasib baik la raihan nanyi 2 buah lagi...dapat la irfan tgk
sebelum balik sempat bergambar dgn raihan
lepas selesai semua kami pun balik, adik dah meragam sbb penat + mengantuk...irfan pun dah start nak buat perangai sebab lenguh kaki..huhuhu
kami balik terus lepas habis raihan dan students GA buat performance sbb adik dah mengamuk...ade ramai parents yg masih tunggu untuk menolong mengangkat beras, minyak, susu tepung ke dalam lori..beras, minyak dan susu tepung ni didermakan oleh parents GA...byk tau
Alhamdullilah...kami sekeluarga sgt enjoy during this event...irfan dan sayyidah mmg la sgt enjoy kan..hehehe