looking for unique and personalized gifts???

Tuesday, September 25, 2007

terfikir


kadang2 mama terfikir..bolehkah mama jadi ibu yg baik..mampukah mama membesar dan mendidik anak2 mama dengan baik...

sebelum mama kawin dulu, mama terfikir, bolehkah mama jadi seorg isteri yg baik...kawan2 mama pun cakap macam tu..diorg cakap macam tu sebab mama w/pun dah 20an tapi perangai still macam budak2...manja...really...mmg macam budak2...tak berapa matang lagi...only my mom n dad tak cakap ape2...mama ni mmg manja sikit ngan ibu....

alhamdulillah..selepas kawin takde ape2 masalah...mama boleh laksanakan tanggungjawab mama sebagai seorang isteri dengan baik...still perangai mama macam budak2 lagi(susah nak ubah ooo)....tapi abah pun tak kisah...lebihkurang je....

2 months lepas kawin, mama disahkan mengandung....memang tak rancang...rezeki tuhan nak bagi...mama seronok sgt bila tau mengandung...saat tu mama terfikir, boleh kah mama membesarkan dan mendidik anak ini dengan baik..mampukah mama menjadi seorg ibu, isteri, dan anak sekali gus....kawan2 mama selalu main2 kan mama, "nanti bila baby nangis, mama nye pun nangis sama"....hmmm..mama tak salah kan diorg...mama pun terfikirkan benda yg sama...mcm mana nanti kalau baby asyik nangis je...macam mana nak cuci poo poo, mandikan, etc..

tapi alhamdulillah..bila ade baby lahir je, secara automatik naluri keibuan tu ade...mama seolah2 tau macam mana nak handle baby bila dia nangis, mandikan,etc...of course ngan bantuan ibu mama dan abah irfan...takde la pulak mama nangis bila baby nangis...hehehe...byk cabaran menjadi seorg ibu, isteri dan anak sekali gus ini...mmg perlu ketabahan dan kesabaran (anak baru satu je pun..hehehe)...irfan selalu tak sihat....mama mmg asyik risau je...setiap hari mama doa agar irfan sihat selalu...

bila jadi seorg ibu ni, baru mama tau betapa besar nye pengorbanan ibu2 semua...mama ingin bagi yg terbaik utk irfan...kekadang mama rasa bersalah sgt bila masa utk irfan kurang...bila mama tgk irfan tido dgn nyenyak, mama terfikir, mampukah mama membimbing dan memmbentuk irfan supaya jadi anak yg berguna...mama nak anak2 mama nanti berjaya dunia dan akhirat....mama skarang tgh cuba menambahkan ilmu dalam penjagaan anak2 ini dengan harapan, dapat dipraktikkan dan harapan mama berjaya membimbing anak2 dgn baik...


(kekadang termenung...bila anak2 besar nanti, adakah dia akan jadi org yg berguna...adakah anak2 akan menyayangi kami org tua nye seperti mana kami menyayangi mereka...)


Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:

Tiada bayi yang dilahirkan melainkan dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci dan bersih daripada dosa). Maka ibu bapalah yang akan menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi. (Hadis riwayat Bukhari)


Berkata al 'Alim al-Muslim al-Qobisi:

"Sesiapa yang inginkan anak yang penyejuk matanya hendaklah dia mengeluarkan wang untuk mengajar anaknya. Mudah-mudahan usahanya mengeluarkan belanja menghantar anaknya belajar al-Quran dimasukkan oleh Allah sebagai satu golongan daripada orang yang berlumba-lumba mengerjakan amalan-amalan kebaikan."

0 comments: