nak cerita persiapan kenduri kawin adik ipar aku...
aku start cuti hari jumaat....pagi2 dah balik kg...tolong kemas2 rumah, packing2 buah tangan untuk jemputan...petang tu sedara2 hubby dah mula sampai...mula la keje2 memotong bawang semua....family hubby ni mmg masak sendiri kalau kenduri....tak kira la kenduri kecik ke, kenduri kawin ke....sedara2 hubby ni mmg terer masak....
bukan je masak sendiri, kerepek2 untuk dijadikan buah tangan jemputan pun buat sendiri....kerepek gunting, kerepek sukun, wajik...semua buat sendiri....mak tiri hubby yg buat...hiasan bilik pengantin adik ipar aku buat sendiri...serba purple gitu....cadar bilik pengantin, adik ipar aku beli yang biasa2 je...dia ubahsuai sendiri cadar tu jadi cantik...kreatif jugak dia....
susah jugak aku nak tolong2...irfan melekat je ngan aku...tak nampak aku je dia nangis...aku nak masuk toilet pun dia nangis....aku letak je dia sebelah aku masa buat keje....tapi dia pulak sibuk2 nak tolong sama...
hubby buat keje2 berat kat luar rumah...pegi amik kawah, periuk, pinggan, gelas yang disewa untuk majlis kenduri nanti....petang tu pulak, beramai2 para2 lelaki mengejar ayam kg...bapak mertua aku mmg bela byk ayam kg ni...tak tau la berapa yang disembelih hari tu....ayam kg ni untuk makan tgh hari sabtu...lepas majlis pernikahan...
ptg tu kami balik rumah, mandi2 kejap..lepas tu balik kg balik...dah mula ramai sedara hubby sampai..meriah....tapi irfan masih lagi melekat ngan aku....kol 1 pagi baru kami balik rumah untuk tido.....
Tuesday, July 8, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment