looking for unique and personalized gifts???

Wednesday, June 25, 2008

kerinduan melanda

aku rindu..

masakan ibu aku...lama dah aku tak makan masakan ibu...2 minggu lepas ade balik kg...tapi sekejap je...samapi mlm...makan kat luar je...sarapan pun beli je...dan kami balik kl sebelum makan tgh hari...tak dapat makan masakan ibu..ibu masak simple2 je...tapi aku suka...hubby pun suka...lagi2 sambal ikan bilis hijau campur petai..dan setiap kali aku balik mesti ade sama ade udang, sotong atau ketam..rindu nya..mesti balik kg lama sikit ni...b..jom la kita balik kg....

aku rindu

masa pregnant dulu...aku suka masa aku perasaan masa pregnant dulu...alhamdulillah aku tak mabuk2 pun masa tu...terasa nak pregnant lagi...heheheh....tapi bukan sekarang ye...irfan belum bersedia nak jadi abang ye....masih baby lagi irfan ni...tersangat manja

aku rindu

berat badan sebelum kawin dulu...takde la kurus...tembam jugak...tapi sesuai ngan citarasa hubby la...hehehe...hubby tak suka kurus sgt....lepas kawin berat makin naik dan tak turun2...alahai...camne la nak turun berat ni..tiap2 minggu nak kena pegi gym kat club house rumah kami la...mungkin lepas ni leh kurus kot..harga barang dah naik semua...kurang makan la....hahahaha

dan waktu ni aku rindu

irfan...aku rindu kat anak teruna aku tu....tak sabar2 rasa nye nak balik...harap2 aku tak kena tahan balik lewat hari ni...semalam aku yg jemput irfan sebab hubby lewat sikit...bila irfan nampak je aku, muka dia bertukar jadi seronok sgt...berlari dia pegi salam teacher2 dia dan berlari dapatkan aku...selama ni hubby yang jemput irfan...seronok sgt aku tgk irfan time tu...irfan nampak seronok sgt bila nampak aku...macam rindu sgt...aku terus peluk dan cium dia...mesti dia seronok sebab aku balik awal dan jemput dia...

sekarang aku rindu kat dia...aku rasa nak jemput dia tiap2 hari...tapi tak boleh...aku nak jemput dia hari ni la...harap aku dapat balik awal....

bila irfan bersembang

tgh baring2 nak tido

irfan : men..men
mama : nak main?
irfan : sengih2
mama : dah mlm ni..tido la..esok kita main
irfan : men..men..

asyik nak main...susah betul nak suh irfan ni tido...tiap2 mlm dia tido lewat...kekadang mama dan abah dia dah tertido dulu...hehehe

-------------------------------------------------------------------------------------------------

mama : irfan nak makan ape?
irfan : kot..kot
mama : nasi la
irfan : cheese...cheese

irfan ni kurang makan nasi...kuat makan biskut

kalau makan nasi, dia nak suap sendiri

irfan : poon
mama : pakai tangan je la makan
irfan : poon poon

bukan nak makan nasi sgt pun...main je lebih...

irfan : pish, igg (egg)
nak makan lauk je...lauk ayam pun dipanggil fish


-------------------------------------------------------------------------------------------------

bila abah nak solat, irfan mesti sibuk amik sejadah dia nak solat sama....
bila abah baca doa..

irfan : min...

-------------------------------------------------------------------------------------------------

irfan : men ball..
abah : jom main ball
irfan : kick..kick...(sambil tendang bola)

irfan nak main bola ngan abah dia je..ngan mama dia tak nak...sebab mama dia ni tak pandai main bola kot...

-------------------------------------------------------------------------------------------------

bila nampak gambar star je...

irfan : tinkle...tinkle star (sambil buat gaya dengan tangan dia)
abah : irfan nyanyi ape..
irfan : malu2 kucing...tak nyanyi dah

-------------------------------------------------------------------------------------------------

irfan suka main air...kalau masuk bilik air tak kira la time mandi ke, time nak cuci poo poo ke mesti nak main air shower

irfan: air...air..
mama : tak leh main air...dah malam..nanti batuk...bukak paip ni je
irfan : air..air...(sambil bukak paip)

kalau tgh mandi

irfan: teet...teet...

nak berus gigi

-------------------------------------------------------------------------------------------------

mama : (nyanyi kan lagi ABC)
irfan : aa uuu iiii aaaa...nak nyanyi sama tapi dalam bahasa dia la

irfan mmg suka menyanyi
-------------------------------------------------------------------------------------------------

semalam, irfan nampak aku keluar kan telur dari fridge..

irfan: igg...igg
mama : baby nak egg ke?
irfan : nak..nak

-------------------------------------------------------------------------------------------------

kalau jalan2..pantang keta berhenti...tak nyempat irfan nak keluar

irfan : shoe..shoe...wa

suh pakaikan kasut nak keluar
-------------------------------------------------------------------------------------------------

bila nampak kucing

irfan : cat cat...auuu auuu

anjing pun dia panggil cat..salah ajaran ni

bila nampak ayam

irfan : kok kok

burung, ikan, katak

irfan : bird, pish, fog

dia akan sebut berkali2 sampai kita tgk binatang yg dia sebut tu...

cuti2

tiap minggu kan aku harap hari jumaat takde...tapi minggu ni aku tak sabar2 nak tunggu jumaat...

sebab nye..

aku cuti jumaat ni...hahaha...aku sebenarnya tak boleh amik cuti lagi sebab belum 3 bulan keje...tapi aku amik unpaid leave la satu hari....nak pegi taiping...pegi kenduri kawin member baik hubby...kenduri nye sabtu, tapi hubby nak pegi awal sebab nak tolong2...member hubby ni dah nikah bulan lepas lagi..kat kelantan...kami tak dapat pegi sebab aku keje...so kali ni kena pegi la...

sambil2 tu boleh la jalan2 sekali.....

akhir nya


akhir nya..semalam aku balik keje awal....semalam je la...


aku naik teksi pegi ofis hubby...nak jemput irfan kat taska....hubby ade meeting semalam..habis lewat sikit....kol 7 baru dia habis meeting...aku kan teringin nak makan cheesecake...so semalam sementara tunggu hubby, aku ngan irfan pegi makan cheesecake kat SR...makan apple crumble cheese dan tapau rasberry cheese untuk hubby



apple crumble cheese



rasberry cheese

....aku makan separuh kek tu, lagi separuh irfan yg makan...siap berebut ngan aku lagi...ish..ish..ish...dah habis aku punya, bila abah dia makan pulak, dia berebut ngan abah dia pulak...dia makan separuh kek abah dia...lepas makan kek, dia zzzzz sepanjang perjalanan balik rumah..

hubby tak berapa sihat...tak sedap badan kata nye...rasa cam nak demam...ingat kan nak masak sup untuk dia mlm tadi...tapi dia kata rasa nak makan maggi...so kami dinner maggi je la semalam..untuk irfan pulak aku buat scramble egg n cheese makan dengan roti....roti nye dia makan suku je....egg n cheese tu habis la dia makan...

Monday, June 23, 2008

dinner

dinner semalam aku masak...



1. ikan sweet n sour

2. daging goreng

3. tauge masak lemak putih



dinner semalam makan nasi..sebab hubby dah kelaparan...lunch kami makan rojak yang tak sedap lepas balik dari tgk movie tu...tu yang masing2 kelaparan mlm tu....hubby siap tolong aku masak lagi...sebab nak siap masak cepat...dia dah lapar sgt...

irfan's first movie at the cinema

seperti yang di plan..ahad kami pegi tgk cerita kung fu panda kat gsc 1u...vendor company hubby sponsor...



setelah dibincang2, kami pun bawa irfan sekali..aku cakap ngan hubby, kalau nak pegi bawak irfan sekali...kalau tak nak bawak, dia je la pegi....hubby risau sgt irfan buat bising kat dalam cinema...aku tak risau sgt...kalau irfan buat bising pun aku bawak la dia keluar sekejap...



kami sampai, terus makan dulu...ade disediakan refreshment....lepas tu hubby pegi la amik tiket...semua yg datang bawak anak2 sekali...siap ade bawak baby lagi...hubby pun dah tak risau sgt....siap ade clown lagi...aku pun bawak la irfan pegi dekat clown tu nak minta ballon...irfan takut ngan clown tu....siap keras2 kan badan tak bagi aku bawak dia pegi dekat clown...kelakar pulak...



12.30 kami pun masuk cinema hall...irfan ok je sepanjang movie...irfan mmg suka tgk citer cartoon...elok je dia dok diam...tgh2 citer dia tertido...dalam 15 minit dia bangun balik...aku ackap ngan hubby "ok je irfan...b ni risau sgt"..sengih2 je hubby aku tu



ni first time bawak irfan tgk wayang...irfan ok je...lenkali boleh bawak lagi...kehkehkeh

aktiviti sabtu

nank tau meeting habis kol berapa jumaat hari tu...jeng jeng jeng...kol 1 lebih....sampai rumah kol 2 lebih...yeah bagus...

aku sampai2 rumah terus zzzz....irfan dah mmg tido masa jemput aku..hubby lak tunggu tgk bola terus kol 2.45....

dan keesokkan nye...yang paling awal bangun ialah irfan...sebab nak susu...kol 6.15 dah bangun...siap tampar muka aku minta susu...ni kes dia minta, tapi aku tak bangun2...hahaha..lepas minum susu dia tido balik la

dan sabtu tu semua aktiviti yang aku plan semua berjaya aku buat...tapi sarapan hubby yang masak...nasi goreng...bukan senang hubby nak masakkan ni...selalu nye dia takat tolong2 je...ni dia masak....boleh la tahan...nyum nyum...lenkali leh masakkan lagi ye...

lepas kemas2 rumah, basuh baju semua, kami balik kg...nak tolong ape2 yang patut la...irfan pulak sibuk la mengacau nenek baru nye kat dapur yang tgh buat kerepek sukun...elok pulak dia dengan nenek baru nye tu...

kol 6 lebih balik rumah....siap2 kan ape yg patut sebab kawan hubby nak datang lepas maghrib...geram betul aku tgk nafisa (anak member hubby)...umur lebih kurang irfan...tembam nye...yang paling tak tahan tu mata dia...bulu mata mmg panjang melentik...sekali dia jeling boleh cair ooo...irfan cam biasa la malu2 kucing...

lepas diorang balik, kitorang lepak2..pastu zzzzzzz....berakhir la hari sabtu

Friday, June 20, 2008

kol berapa nak balik ni...

still kat ofis..meeting belum start...camne ni...tak tau balik kol berapa nanti ni


**update @ 12.15 a.m

meeting belum habis lagi...nampak nye macam lama lagi...hubby dah hangen....sekian

plan2

plan aku esok..



1. tido puas2...hahaha...jgn harap la

2. kemas rumah yang dah macam tongkang pecah tu

3. masak untuk hubby- semestinya...kesian hubby, minggu ni setiap hari makan luar...breakfast, lunch dinner

4. balik kg- dah seminggu tak balik kg hubby yg hanya 5 minit dari rumah...ish..ish...kang kecik hati pulak in laws...dah la rumah dekat...tapi tak balik2...rindu ngan cucu dia

5. tolong ape yg patut kat kg...adik ipar nak kawin awal bulan depan...byk lagi belum settle

5. layan irfan puas2...ganti seminggu..



pagi tadi ntah kenapa irfan meragam...selalunye elok..pagi tadi meragam...sampai aku dah terlambat nak bersiap2 pegi keje...hubby cakap mungkin dia merajuk....tiap2 hari aku tak dapat layan dia...balik keje dah malam, tido...kesian irfan



ahad pulak...



1. tido puas2 lagi...dan lagi sekali jgn harap la...ade jugak yg melompat2 atas badan aku kang..irfan la sape lagi

2. ade jemputan tgk citer kungfu panda kat gsc 1u free...vendor company hubby sponsor...dah book tiket, tapi kena fikir dulu macam mana...nak bawak irfan, takut dia bising dalam cinema tu nanti...nak tinggal tak sampai hati pulak...weekend je la masa untuk melayan dia habis-habisan

3. belanja barang rumah...

4. berehat2 dan menyiapkan diri untuk kerja esok nya...

tgk sikit2

aku ngan hubby tgh tgk citer spiderwick chronicles...dah seminggu...tak habis2 tgk lagi...kehkehkeh...



mana tak nye...tgk bila balik keje...dah kol berapa tu...tgk sikit dah ngantuk...tido...sambung esok nye pulak...camtu jugak....baru tgk separuh...sampai jared dan mallory bawak buku yang orge mulgarath beriya2 nak tu jumpa makcik nye kat rumah sakit jiwa...



irfan lak, asyik nak suh pasang citer shrek..



weekend ni la baru nak tgk sampai habis...hehehe

esok hari sabtu..

yeay..esok dah sabtu..aku mmg tak sabar2 tunggu weekend ni..nak berehat habis...dengan harapan aku tak dipanggil keje...

tapi sebelum sampai hari esok, aku perlu melaui satu hari suntuk di ofis ni....org lain mmg suka hari jumaat..sebab esok nye dah cuti...aku pulak kalau boleh jgn ade hari jumaat..biar khamis pastu terus sabtu...boleh camtu...

setiap hari jumaat aku ade meeting yang bermula pukul 6 ptg dan akan tamat paling awal pukul 12 mlm..tu paling awal ye...boleh mencecah pukul 1-2 pagi kalau takde org stopkan bos....

dan hari ni pulak, bermacam2 meeting ade dari pagi sampai petang...dan meeting yang sepatut nye bermula pukul 6 ptg hanya akan bermula lepas maghrib...pukul berapa nak habis pulak ni...kang aku bawak bantal tilam semua gi ofis...stress betul aku ni.....pagi2 lagi dah stress...dah la semalam pun balik lewat.......

Thursday, June 19, 2008

jgn main kat dapur

kat dalam PA & MA bulan julai ade cerita dan artikel pasal keselamatan anak di rumah...aku baca pengalaman sorang ibu ni..

dia tgh bantu mak da cucuk sate kat dapur...pastu tgh masak kuah sate dalam kuali...masak kat dapur bawak...anak dia berusia 3 tahun tgh main berlari kat dapur...tetiba budak tu terjatuh dalam kuali yang berisi kuah sate yang tgh mendidih tu...habis perut dia dan peha dia terbakar...lebih kurang macam tu la cerita nye..

takut betul aku baca cerita tu...si irfan ni kalau aku ke dapur, masak dia mesti nak mengacau sama..main kat dapur...bukak tutup kabinet la, main bekas beras la...kekadang dia suka peluk aku dari belakang tiba2 time aku tgh masak...dah byk kali aku dah suh dia jgn main kat dapur...dia nak jugak...sebab nye si irfan ni mmg suka mengekor mana2 je aku pegi...sampai ke toilet pun dia nak ikut...

risau jugak la, kalau aku tgh masak, kuali panas terbalik ke...irfan lak ade kat situ...tak dapat nak bayangkan..

dapur aku tu takde pintu...mula2 nak la pasang safety gate...tapi nanti sure irfan nangis..panjat2 gate tu pulak...satu hal lagi...tapi ni nak kena pasang jugak la...biarla dia nangis..asalkan selamat...macam iklan kat tv tu...

pening2

stress level aku mmg tinggi la dari semalam...nak balik awal semalam, tetiba bos buat meeting lak kol 5.30...yg menambahkan stress, agenda meeting dia nak staff2 dia ni hari2 balik lewat...

sakit kepala aku dengar...hari2 nak kena balik lambat...aku ni takde tanggungjawab lain ke...

hari ni sure balik lambat lagi...esok balik lambat jugak...kalau lambat kol 8-9 boleh tahan lagi...ni kol 11-12...kalau boleh dia nak tahan kitorang sampai esok pagi nye...huh....

husband aku dah bising...anak aku pulak dah pandai merajuk kalau aku balik lewat sgt...

hari2 aku rasa letih dan lembik....nak kena buat satu keputusan ni....

Wednesday, June 18, 2008

cheesecake

tiba2 aku teringin nak makan ni

(pic dari secret recipe.com.my)


cheesecake...teringin nye...

nyanyi lalalala

irfan mmg suka lagu2 ni

twinkle twinkle little star
how i wonder what u are
up above the world so high
like a diamond in the sky
twinkle twinkle little star
how i wonder what u are

yang ni jugak

satu satu saya sayang Allah
dua dua sayang Rasulullah
tiga tiga sayang mama abah
satu dua tiga sayang semua nya

satu lagi

rock-a-by baby on the tree top
when the wind blows the cradle will rock
when the bough break the cardle will fall
and down will come baby cradle and all

dan byk lagi..

kalau nyanyikan lagu2 ni, aku akan buat dgn gaya sekali...sekarang aku nyanyi, si irfan akan tiru gaya yg aku buat..

taktik tak menjadi

semalam kan, aku nak try la pisahkan puting irfan...si irfan mmg tak leh berenggang dengan puting dia...geram betul tgk..

so semalam aku pun potong la puting lama....bila si irfan minta, aku pun bagi la puting yah dah kena potong tu...mula2 dia buat muka pelik...dia belek la puting tu...asal la pelik puting ni..mungkin dia cakap camtu...yang kelakar nye, siap boleh sumbat dalam mulut abah dia lagi suh abah dia rasa...

aku biar je irfan ngan puting tu..tapi aku standby la puting baru kot2 tak menjadi taktik tu...

masa si irfan nak tido, dia bergolek2...cuba hisap puting tu...dia rasa cam lain je, dia baling puting tu..pastu amik balik, hisap, baling lagi...itula keje dia...pastu merengek2...puas la aku pujuk dia suh tido...tak menjadi jugak...last2 aku bagi jugak la puting yg baru sebab aku pun tak leh tido dibuat si irfan...bagi je puting baru, tak sampai 1 minit dia dah terlelap...ish..ish..ish..

1st day tak berjaya...tak leh putus asa...kena cari jalan lain nak pisahkan puting irfan ni...tak nak la sampai besar pun asyik nak puting je...

sesiapa ade idea lain leh share ye...

shopping pulak

semalam balik keje kami pegi shopping lepas balik keje...kat tesco damansara je pun...bukan shopping ape...beli diapers si irfan...beli la 3 pek jumbo tu buat stok..kat bilik irfan ni sekarang dah ade 4 pek diapers yg belum dibukak lagi...hubby kata lepas ni bukak kedai jual diapers kat rumah..kehkehkeh...dia perli la tu..lantak la

sampai2 je rumah si irfan mintak cheese dan biskut...makan nasi tak nak...asyik nak biskut je...macam si irfan cakap " ha..nyum nyum...dap "..tiap kali makan biskut...adoila

Tuesday, June 17, 2008

happy 20 mos dear



hari ni irfan masuk 20 mos...

# makin banyak vocab dia yang kita boleh faham
# makan dah tak nak org suapkan..nak suap sendiri..tapi tak nak pakai tangan...nak sudu je...
# kalau nak tido mesti guna satu bantal ni je..dah jadi bantal dia la tu...kalau kita baring atas bantal tu, mesti dia tolak...
# nak tido malam mesti ade mama...dia takkan tido selagi mama tak baring sebelah dia
# suka sgt dengan cat dan fish..kalau tanya dia irfan nak cat/fish ke?...dia jawab "nak..nak.."
# suka shoe..kalau jalan2 dekat tempat kasut, dia mesti sibuk nak pakai...tapi dia suka kasut adult...kalau dapat pakai, dia berjalan dengan tersengih2 dgn kasut besar tu..
# nak tido, mesti dia suh pakaikan socks..
# makin kuat bersembang..suka layan dia w/pun tak faham dia cakap ape...

yg kelakar, ahad lepas kami tgh kemas2 rumah..hubby dah irfan kemas dalam bilik...aku kat ruang tamu...tetiba hubby bawak irfan ke ruang tamu...irfan tgh pegang torch light...dia menyanyi...bahasa dia la...yang kelakar, torch light tu dijadikan microphone...comel je...tapi pelik...mana la dia belajar benda tu...aku dan hubby tak penah ajar pun dia buat camtu...hubby cakap, dia nampak je torch light tu, terus amik dan nyanyi...pelik la dari mana dia tau buat camtu...

tapi irfan mmg suka nyanyi...kalau dia tak nyanyi, dia suh aku nyanyi kan untuk dia...twinkle2 little star, ABC, satu dua tiga...tu antara favourite irfan...

mengantuk pulak

semalam aku keje sampai malam..nak kena siapkan report presentation...sampai kol 11 lebih baru balik...sampai rumah kol 12...letih2

yang kesian, hubby dan irfan la...diorang tunggu la aku siapkan keje kat ofis ni...nasib baik la irfan tak meragam...elok je main2...tapi habis la semua benda dia sepahkan....hubby pulak asyik tanya dah siap ke belum...ye la, dia pun dah letih dan mengantuk...

masuk dalam keta je irfan terus zzzzzz...sampai angkat dia masuk rumah pun dia tak sedar...dah ngantuk sgt la tu...aku pulak, kemas barang2 irfan, siap2 nak terus tido...letih betul...rasa berat je kepala...tak dapat tido lena lak tu...asyik terbangun je...

dan hasilnya, aku tersangat la mengantuk pagi ni...adoi la...ade jugak yang tertido depan pc ni nanti

Monday, June 16, 2008

nak cheese

satu mlm ni, hubby pegi main futsal...tinggal la aku ngan irfan kat rumah...aku pun malas la masak..nak makan roti je..diet la konon2...

aku pun makan la roti dengan cheese..irfan ni mmg pantang nampak org makan..mesti nak jugak...aku pun bagi la separuh...boleh pulak dia korek cheese tu...makan cheese je...roti dia bagi balik kat aku...dah habis separuh, dia minta lagi..aku pun bagi la..aku makan roti kosong je la...dah si irfan makan aku punya cheese..

tu pun tak cukup jugak...dia minta lagi...aku pun bagi la lagi sekeping...kebetulan ade lagi sekeping dalam fridge...dah makan...golek2 ngan books dia...pastu dia minta lagi...mulut bising sebut cheese...cheese...sambil pegi kat fridge...suh amik cheese dalam fridge...tapi cheese dah habis

menangis2 dia nak cheese..puas la aku pujuk...aku cakap la esok abah belikan...ok la, dia senyap....

esok pagi2, lepas minum susu, terus dia minta cheese lagi...adoila...belum sempat pegi beli dia dah minta...pelik jugak..tetiba je irfan suka makan cheese ni...sebelum ni dia tak suka pun...aku pun pujuk lagi...tgh hari tu keluar la pegi belikan cheese untuk si kenit...sengih2 dia makan...

swimming lagi

kali ni ngan abah pulak..







grrr...dah kesejukan

budak merajuk nak swim

lagi gambar masa kat tiara beach resort...kali ni sebelum nak balik...lunch dulu..si kenit lak asyik nak pegi swimming pool

nak swim..swim..


jom la mama...


mama tak nak bawak, irfan dok sini la


ala..jomla mama..merajuk kang..

aktiviti hujung minggu

sabtu pagi2 buta lepas ade game france vs holland...hubby mmg beriya2 nak tgk game ni..dia punya confidence game ni ade live kat tv 3(rumah baru kami belum pasang astro lagi)...so dia pegi tgk game yg kol 12 ngan kawan2 dia kat kedai mama...kol 2.30 pagi baru dia balik rumah...aku macam biasa la, selagi hubby belum balik, aku mmg tak leh tido....irfan lak dah tido bergolek2...

sampai rumah, konon nak tgk la game fance vs holland tu...sekali bukak tv3 ade movie pulak...hubby relaks lagi...dia ingat lepas movie tu ade la bola...tapi aku cakap movie ni macam baru start je...dia pun menggelabah la jadi jadual game...mmg takde live kat tv...hangen dia...tak tentu arah...aku kesian, suh la dia gi rumah kawan dia tgk bola...mula2 dia mmg nak pegi...pastu dia ajak balik kg(5 minit je dari rumah kami..hehehe)...tgk kat sana...tapi kesian kat irfan pulak sebab dia dah tido...so tak jadi la..last2 hubby buat keputusan tgk delay je pukul 5 pagi kat tv3 nanti...

dah kunci jam semua...nak jadikan cerita...kami tak sedar jam berbunyi...sedar2 je dah nak dekat 6.45...kesian hubby..tak dapat dia tgk game tu...

sabtu pulak kami pegi house warming kawan hubby kat shah alam...pegi kejap je, sebab hubby nak balik sebelum kol 3, nak tengok ulangan game france vs holland...mmg nak sgt tgk...so kitorang pun balik kg la..dapat jugak la hubby tgk...malam nye pulak, kondo tempat kami tinggal buat celebration mother's & father's day...kami pegi makan je la...lepas tu kami mulakan operasi membotakkan kepala si kenit...nasib baik la si kenit dok diam masa abah dia tgh botakkan kepala dia...nanti aku upload gambar sikenit dah botak ye

dan seperti biasa, hari ahad adelah hari mengemas rumah...., byk lagi barang2 belum diangkut dari kg...angkut sikit2...

Thursday, June 12, 2008

budak tak dok diam

semalam kan lepas balik keje, kami pegi midvalley...hubby nak jumpa kawan dia...rasa nye dah lama tak menjejakkan kaki ke midvalley ni..masa keje kat um dulu, tiap2 minggu pegi midvalley...

si kenit org yg paling seronok la bab2 jalan2 ni...tak sempat2 abah2 dia nak cari parking, mulut dia dah bising " wa..wa.." nak keluar dari kereta...

si kenit pantang nampak ride yang masuk syiling tu...mesti nak naik...tak masuk duit pun takpe..asalkan dapat duduk dalam ride tu...siap tak nak turun lagi...jenuh la nak memujuk nye...

pukul 10 jugak la baru balik rumah...

si kenit skarang mmg tak dok diam dalam keta...kejap nak ke depan..kejap ke belakang...aku mmg dok belakang sebab kat seat depan tu ade car seat irfan...letak kat seat depan sebab, tiap2 hari, hubby jemput irfan dulu baru jemput aku...kalau letak kat belakang, lagi mengamuk la dia...dah susah nak letak si kenit ni dalam car seat...kau letak buku2 dan ball dalam keta...nak bagi dia dok diam dalam car seat...kalau tak, susah hubby nak drive time nak jemput aku...kalau aku ada dalam keta, tak kisah la...boleh la aku melayan si kenit...

Wednesday, June 11, 2008

mama jgn merajuk ye

semalam kan lepas balik keje..hubby keluar gi kedai mamak..lepak ngan member dia...aku pesan kat dia tapau kopi ais...saje sebab dah lama tak minum...

bila dia balik, dia lupa belikan....aku pun merajuk la...sebenar nye saje je nak mengada2...hahaha...bukan teringin sgt pun..hahaha..sekali sekala nak mengada2 ngan hubby...kehkehkeh...

yang sebenar nye nak cerita, masa aku merajuk tu, si kenit pulak yg tetiba menangis....macam kena cubit2...sampai teresak2 gitu....dia tak bagi aku merajuk ngan abah dia...sampaila aku pujuk2 dia, baik2 ngan hubby (bukan merajuk betul2 pun), baru dia berhenti menangis...sayang si kenit ngan abah dan mama dia ni....dia tak bagi kami bergaduh....nanti dia yg sedih....

isnin lepas aku cuti..cuti ganti birthday agong....hubby keje...pagi2 si kenit bangun...tgk mama dia je ade...terus dia pegi bilik(si kenit tidor kat ruang tamu)....aku ingat dia nak pegi amik toys ke ape..bila dia ke ruang tamu balik, dia cakap babah babah...sambil tunjuk kat bilik...dia cari abah dia rupanye...aku pun cakap la abah keje..terus dia baring balik...

hubby cerita, bila time aku balik lewat, dia sibuk sebut mama mama...cari aku...tau pulak dia sebut mama dan babah....tapi time dia cari je....dia tak pandai pulak panggil aku dan hubby mama dan abah....kalau dia panggil aku, sama ade dia sebut eh atau dia lambai tangan je...cam pelik je....

Tuesday, June 10, 2008

family day 2

entry yang lepas, takde letak gambar2 masa family day...ni beberapa gambar masa family day kat tiara beach resort tu


swimming


swimming lagi


seronok lepas swim


family day dinner




more pic kat sini

Friday, June 6, 2008

terantuk meja

pagi semalam dalam kol 10 lebih, pengurus taska call aku...dia cakap irfan jatuh...berdarah bibir dia...dah bawak gi klinik...

masa dengar irfan jatuh, berdarah pulak tu, macam nak gugur jantung ni...terus call hubby suh gi tgk irfan sebab aku jauh....hubby luka sikit je kat bawah bibir...irfan pun tak nangis...tapu aku still tak puas hati selagi tak tgk sendiri keadaan irfan..so tgh hari aku suh hubby pegi jenguk lagi...irfan tgh tido...tak meragam...lega sikit..

pengasuh irfan cakap, irfan terantuk kat meja masa dia nak turun dari kerusi...masa tgh makan...bukan kerusi besar tu...kerusi yg mmg untuk budak2 tu...berkali2 jugak2 la diorang minta maaf...pengurus nye pun minta maaf sekali...tak pela..lagipun sikit je...

petang tu taska call hubby sebab bibir irfan masih berdarah...tapi irfan tak nangis...

semalam pulak aku kena balik lewat..kena siapkan report....hubby bawak irfan dtg ofis aku....bengkak bibir atas irfan...sedih pulak aku tgk...tapi irfan makan minum macam biasa...takde pulak dia cakap sakit...selalunye kalau sakit, dia akan cakap "tit...tit" sambil buat muka kesian...siap berlari2 dalam ofis aku..mulut bukan main bising lagi macam biasa...dah tak sakit la tu

pagi tadi bibir irfan masih bengkak...nak bukak besar2 pun macam susah je...sian si kenit...petang ni aku ade meeting pulak...mesti habis lewat..biasanye paling awal pun kol 11 mlm...hari ni tak tau la habis kol berapa...start pun kol 6...entah la..kesian kat si kenit la...

Wednesday, June 4, 2008

minyak naik lagi

aku baru dapat berita tadi...harga minyak naik 78 sen bermula tgh malam nanti...rm2.70 seliter

uwaaa...pengsan la macam ni...naik basikal la lepas ni

exercise di malam hari

yeah..kejap lagi nak balik...

dah hujan lebat skarang...guruh dah berdentum2 kat luar tu...mesti jem la balik kang...adoi la..letih betul la nak mengharung jem ni...walaupun bukan aku yg drive...

semalam hujan lebat betul ye...sampai kat parking(parking berbumbung) kat kondo rumah aku pun air bertakung...balik keje jalan jem pulak...kol 8 baru sampai rumah...dah parking, nak naik rumah, tgk2 lif rosak pulak...terpaksa la kami menapak naik tingkat 9 tu...mengah jugak la...nasib baik tingkat 9..kalau tingkat 19 tak ke pengsan nak naik tangga tu (kondo rumah aku sampai tingkat 18 je)...

pagi tadi nak gi keje aku ingat lif dah ok la...jgn harap ...lif tu rosak malam...sape pulak la nak dtg mlm2 baiki lif tu kan...tapi pegi keje turun tangga..takde hal sgt la...takde la letih..

balik ni aku harap lif dah elok...kalau tak elok lagi kena menapak lagi la nampak nye...

ayam penyet

ni cerita pasal makan lagi...hehehe

aku suka makan ayam penyet kat satu restoran ni kat sunway...ni masakan indonesia....masa first time hubby bawak, kitorang makan nasi ayam penyet dan pecal...mmg sedap...sambal dia mmg pedas tapi sedap...dah beberapa kali jugak la kami makan kat situ...mesti order ayam penyet, pecal ataupun gado2...

ahad lepas family aku datang sini...so hubby aku ajak pegi makan kat ayam penyet...adik aku 2 org dok kat sunway tu...so diorang boleh la join sekali...sampai je restoran tu, semua dah habis...kecewa rasa nye...family aku lak mmg dah excited nak makan ayam penyet sebab aku cakap mmg sedap...lain kali je la nampak nye...

last2 kitorang makan kat kedai tomyam...pegi sunway makan kat kedai tomyam ye...baik la makan kat puchong je...lagi sedap

masak speghetti pulak

last week ade beli speghetti...konon2 nye nak masak untuk dinner lepas balik ke...tapi tak sempat...so aku masak speghetti goreng untuk breakfast sabtu lepas sebelum pegi pd...dan bawak bekal untuk irfan masa kat pd...irfan mmg suka makan speghetti

speghetti seafood (aku punya style)

bahan2

speghetti (direbus)
brocoli
carrot
udang

sotong
sosej
cheddar cheese
black pepper
sos tomato
bawang puting dicincang

1. tumis bawang putih, masukkan udang, sotong dan sosej...kemudian masukkan masukkan sayur-sayuran
2. masukkan speghetti, sedikit sos tomato (aku letak dalam 2-3 sudu besar), black pepper, garam secukup rasa
3. dah masak, masukkan cheese..ikut la byk mana suka...goreng sampai cheese tu dah sebati ngan speghetti...
4. dah siap..makan panas2

untuk si kenit..aku ganti udang, sotong, sosej dengan ayam...sos pun aku tak letak...byk jugak si kenit makan...

masak jugak akhirnye

semalam aku balik keje awal...aku sempat la masak dinner...sejak keje balik, 1-2 kali je aku masak dinner lepas balik keje...selalunye makan kat luar je sebab aku balik lambat, tak pun masak simple macam burger, tak pun tak makan langsung..

dan semalam aku masak favourite hubby...sambal udang....berselera sungguh dia makan...seronok aku tgk...kesian hubby..lama betul aku tak masak untuk dia...weekend pun jarang ada kat rumah....

semalam aku masak sambal udang, ikan goreng sos tiram dan sup sayur...si kenit kalau bagi dia makan sup sayur campur ni, carrot je dia kutip...

ikan goreng sos tiram ni aku dapat resepi dari cousin hubby...kalau bosan2 ngan ikan goreng biasa boleh la masak ni...senang je..

perap ikan dengan bawang putih yang ditumbuk, sedikit sos tiram dan sedikit kicap....perap la dalam 15 minit ke...pastu goreng macam biasa...ikan tu aku suka guna cencaru, kembung...

Monday, June 2, 2008

serba salah

aku serba salah...si kenit sejak aku start keje balik, dia tak sihat....selsema dan batuk2 tak baik2 lagi sejak dia masuk balik taska...

hubby bagi aku satu idea...dia kata " apa kata berhenti je keje..jadi housewife je..leh jaga irfan..kurang sikit dia jatuh sakit"

aku pun serba salah..takkan la nak berhenti keje...aku baru je sebulan keje...kalau aku tak keje, camner la nak bantu hubby aku dalam perbelanjaan keluarga...aku rasa, pendapatan hubby aku belum cukup nak menampung kalau aku berhenti keje....

tapi...

aku aku kesian dan sedih tgk si kenit...asyik tak sihat...macam mana aku nak buat? serba salah aku ni..

jap tadi aku dapat panggilan interview...minggu ni...aku pulak tak leh nak cuti sebab baru je keje...macam mana aku nak buat ni

sebenarnye setakat ni aku mmg puas hati ngan taska ni...bersih, pengasuh nye baik, irfan nampak terurus, dan aku tgk irfan mmg suka dok taska ni....dia mmg manja ngan pengasuh2 kat taska tu...cuma..irfan ni tak tahan sejuk...taska tu guna air-cond...tu yg dia selsema, batuk tak baik2...aku pun serba salah nak tukar taska lain...susah nak dapat taska yang aku puas hati...

family aku

semalam mak, ayah dan adik aku dtg dari teluk intan...mula diorang nak balik teluk intan malam tadi..tapi aku pujuk2 suh balik hari ni..lagipun dah malam...bahaya pulak...

semalam kami dinner ngan mak, ayah dan adik2 aku....si kenit mmg suka la...adik2 aku mmg rajin melayan dia...seronok dia main ngan pak ngah, pak lang dan maksu nye....opah ngan tok dia pun rajin melayan....mlm tadi si kenit nak tido kat ruang tamu ngan opah...aku ajak tido bilik dia tak nak...dia nak aku tidokan dia kat ruang tamu...bila dia dah tido aku pun masukla bilik...

mlm tadi si kenit cam tak lena tido...terjaga merrengek2 tgh2 mlm..3-4 kali jugak...batuk2, selsema lum baik2 lagi...kahak dia makin byk...risau jugak...kat taska nanti dahla sejuk...takut pulak dia kena lelah balik...ni yg takde mood nak keje...

family day

weekend lepas kami pegi PD...company hubby buat family day kat Tiara Beach Resort...

sampai sana dalam kol 12 hari sabtu...check in dan lunch dulu...kol 2 hubby ade aktivit...aku ngan si kenit dok bilik je...tapi si kenit dah mengamuk nak keluar bilik...nak swim...tempat lunch betul2 depan swimming pool...tu yg si kenit mengamuk tak sabar2 nak swim..meraung2 si kenit dalam bilik....time tu panas lagi...tu yg aku tak bawak tu...kang demam pulak...last2 si kenit tertido..kesian pulak aku tgk..

dalam kol 4.00 aku kejut si kenit...nak bawak dia pegi swimming pool...bukan main seronok si kenit...dari jauh lagi dah terjerit2 bila nampak swimming pool..tapi ramai sgt org....aku bawak dia main slide...tak nak dok dalam baby float dia...nak main sendiri....siap leh main merangkak2 lagi dalam pool tu...kat bahagian yg cetek la....sejam jugak la kat swimming pool...pastu kami naik bilik....aktiviti hubby belum habis lagi...

lepak2 sekejap kat bilik, hubby balik, terus bersiap2 untuk dinner pulak mlm tu...irfan macam biasa la mmg tak dok diam...jenuh la nak mengejar dia...tunggu org2 berucap, makan...tunggu cabutan bertuah...kami dapat steam iron...aku tak tunggu sampai habis dinner..ade persembahan dan penyampaian hadian...memandangkan si kenit ni dah gelisah, aku pun naik bilik...hubby tunggu sampai function habis...kat bilik, layan irfan main balloon, pastu bersiap2 nak tido...bila hubby balik, si kenit dah lena diulit mimpi....

pagi esok nye, lepas breakfast, terus bawak irfan swimming lagi...kali ni abah dia yang bawak...aku jadi tukang amik gambar...dapat main sekejap je sebab hujan pulak...tapi dapat la si kenit nak slide beberapa kali, abah dia bawak....tu pun dah menggigil-gigil...tapi dia nak main jugak lagi...nak je bilik hujan berhenti pulak...hubby turun balik nak swim dan join telematch...tak bawak si kenit sebab dia dah kesejukan...lepak bilik, tgk spongebob...tgk2 dia dah tertido....

kemas2 barang..kol 11.30 turun nak checkout....lunch, penyampaian hadiah...kami tak tunggu sampai penyampaian hadiah habis...sebab mak aku ade kat kl...nak dtg rumah...balik jalan jem pulak...sampai rumah nak dekat kol 4...

gambar2 lum sempat upload....nanti aku upload kat entry yg lain ye...tunggu