looking for unique and personalized gifts???

Monday, February 2, 2009

tea time..

buat potato wedges untuk minum petang...yang ni saya buat sendiri...resepi macam biasa la dari internet..saya amik resepi dari myresepi



crispy potato wedges (resepi dari Noorsha myresepi)

Bahan2
2 biji kentang saiz XL - potong berbaji
2 sudu teh serbuk lada hitam berperisa AJISHIO (saya guna coarse blackpapper)
1 sudu teh serbuk cili
1 biji putih telur - dikocok
Tepung gandum secukupnya untuk salut
Garam


Cara2
1. kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran dikulit. setelah bersih, potong berbaji. kulit kentang tak perlu dibuang.

2. Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan.Tunggu hingga agak suam² sedikit.

3. Selepas itu, satukan serbuk lada hitam dan serbuk cili di dalam plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga kedua² serbuk tadi bersalut dengan kentang.

4. Kocok telur putih, tak perlu sampai kembang. Masukkan kentang satu demi satu ke dalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung sepenuhnya.

5. goreng dengan api perlahan hingga keemasan.

6. Hidangkan panas² bersama sos thousand island & mayonis.









written by,

4 comments:

*Azie* said...

sedapnyer wanie,....mmm ada resepi leh la aku cuba nnt

Willie said...

pergh...aku tengah catit resepi ni

~~ciklinn~~ said...

alahai dikk sedapnyer akak tgok kentang tu... nak2 gamabr dan deco yg teramat cantikkk... sayang lak nak mkn....ahahhahah

atty's said...

dapnya lapaq peyut tgk hah..