looking for unique and personalized gifts???

Tuesday, October 28, 2008

cuti deepavali

semalam pagi2 aku bangun masak2...simple2 je...spegheti bolognese dan macaroni bakar...

tetamu pertama ialah arine...sampai dalam kol 11 lebih....bila arine dah balik baru la member2 mr. irwan dtg....semua dtg tak serentak...dalam kol 4 member ofis mr. irwan pulak dtg satu family....ni yg last la untuk hari tu...

kami siap bawak diorang pegi swimming pool lagi...mmg cadang nak bawak irfan swimming pun...seronok irfan swimming dgn anak2 member mr. irwan tu...sampai tak nak naik ok...puas la dipujuk...siap pujuk ajak main kat playground pulak lepas tu...

lepas maghrib baru diorang balik...mr. irwan ajak adik2 dia pulak dtg rumah...spegheti ade banyak lagi...mula2 dia nak bawak spegheti tu balik kg sri aman..tapi aku dah penat...lagi pun takde tupperware besar nak bawak balik kg sri aman...adik2 mr. irwan sampai dalam kol 9 mlm...

1 comments:

atty's said...

dapnya spageeti..